Saturday, March 20, 2010


Malam Ini!!!!!!!!!


Malam ini 20/feb/10 sabtu..adalah malam minggu yang memboringkan....
aku xtaw nak wakpe....
nak tido x lene..
nak kua xde teman..
bile da mcm nie..mule la aku engat mek...
engat kampung...
upenye aku da lama x balik kg...
sejak bukak sem baru aritu langsung aku x balik lg...
rindunye rasa d hati...
hurrmmmm nak balik sangat2..
lambatnyew stady week nie...

malam yang suram nie..
turut mengharukan jiwa aku..
nape harus aku begini???
nape harus begini???

aku nak wak sajak la....
sbb malam nie aku rindu dia...sajak nie khas untuk dia..
dia adalah bintang!!!!!

tp sumenyew x mungkin aku gapai bintang tu...
bintang itu bukan milik aku...


kasih!!!!!!

kasih...
terlalu manis saat bersamamu..
namun ia hanya sebentar cuma..
datang dan pergi tanpa aku relakan..
sesungguhnya kite x mampu...
xmampu dan xmampu...
xmampu utk ku julang harapan ini..


kasih...
disini kita bertemu..
ku tahu makna cinta..
ku tahu makna rindu..
ku tahu makna syg..
ku tahu makna kasih..
kini tiada lagi..
tiada lagi..
hanya kerinduan menemaniku...


kasih...
ku tahu.. ku tahu sebenarnye kita sama..
kita sama membina kerinduan..
tatkala setelah lama meninggalkan garisan pertemuan...


kasih...
apa sebenarnye erti cinta..
apa sebenarnye erti setia..
apa sebenarnye erti kasih dan sayang..
setelah kau jauh di mata...


kasih...
inilah segumpal hati yang jauh..
di dasarnye ada sisa-sisa nostalgia semalam..
dan kita sebenarnye ..
semakin dekat..semakin hampir..
semakin mendekati garisan kenangan..
sesungguhnya kenangan itu indah...


kasih...
bila diri semakin jauh..
kita semakin mengerti..
harga kasih harga sayang..
harga pengorbanan..
harga kesabaran..
tatkala kerinduan bersimpuh di kamar perpisahan...


kasih...
kutitipkan doa buatmu..
kebahagiaan hakiki yang ku harap..
agar aku dapat mengapainya..


kasih...
jangan disesali..
jangan diratapi..
jangan diungkiti..
jangan kau membenci..
aku tetap begini..
dan terus begini...


kasih...
teruskanlah...teruskanlah...
biarlah..
biarlah kasih..
biarlah ia tidak berkembang..
kerna ku tahu..
kau tercipta bukan untukku...



nukilan rasa
-damya hana-

Sama-samalah kita mengingati amalan yang mulia....
ilmu ini kutitipkan kas buat semua.....


KEISTIMEWAAN BULAN REJAB


Ada apa di sebalik bulan Rejab itu???????
Rasulullah saw telah bersabda, 'Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

1. Siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH s.w.t ..

2. Siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab.. maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat..

3. Siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

4. Siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan Siapa berpuasa dilapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga...

5. Siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH s.w.t akan menambahkan pahalanya.


Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara




Friday, March 19, 2010


S
ehari Bersama Seribu Makna.....


31 Jan 2010 – kg. Lalang

Sesuatu program yang dianjurkan pasti memberi makna kepada sesiapa yang menyertainya sekiranya segala tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan tanpa berat hati…

aku…


Sebab aku tahu…

aku juga seperti mereka..ibuku juga seperti mereka..

aku teringat akan ibuku tatkala mengikuti program ini….

Sumbangan…

Perkhidmatan…

Dihulur tanpa segan silu….


Skang Time Tuk Rewang!!!!!


Program ini memang best..aku tahu ape itu tanggungjawab??? Ape itu kerjasama???? Ape itu sumbangan???? Ape itu perkhidmatan???? Ape itu pergaulan????


Program ini juga menyebabkan aku mengenali beliau....

Seorang ibu yg ditemani cahaya semasa kecil mereka..

Namun tetap sendiri bile cahayanya dewasa..

Masing-masing punyai tanggungjawab sendiri yang merantau ke merata-rata...tinggalkan kg halaman...tinggalkan teman-teman..tinggalkan ayah ibu demi mencari sesuap nasi...

Ibu tua ini..menyebabkan aku merindui ibuku yang kini juga sendiri...tanpa ditemani cahayanya..

Walaupun sehari namun ia cukup bermakna...

Jelas terpancar keceriaan...

Jelas terpancar kegembiraan...

Jelas terpancar keriangan...


Terime kasih semua.........

— Bersatu Teguh Bercerai Roboh —



Saturday, March 6, 2010

Amalan penenang jiwa


- Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya yang Maha Esa -


DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.


Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.


Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:


  • Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
  • Puasa wajib dan puasa sunat.
  • Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
  • Menunaikan haji.
  • Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
  • Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
  • Bertafakur.
  • Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
  • Muhasabah diri.
  • Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
  • Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).
  • Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
  • Ketahui cara menghindar penyakit hati.


Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.


Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:

  • Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
  • Latihan untuk mendisiplinkan diri.
  • Memupuk sikap sabar.
  • Mewujudkan rasa insaf.
  • Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.


Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.


Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.


Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:

  • Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
  • Mendorong penjelajahan fikiran.
  • Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
  • Mendorong untuk celik akal.
  • Mewujudkan kesedaran kendiri.
  • Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.


Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali- Imran : 191.


Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.


- Ibadah yang dilakukan hari ini adalah bekalan untuk kehidupan hari esok -